Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen.<br /><br />Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembayaran BKK itu akan dibuat bermula Januari 2023.
